Sunday, July 25, 2010

JAlan seterusnya

Hari ini tidak dapat tidur dan mula berfikir untuk menulis, Mungkin seronok bila sudah lama tidak menulis apa2 walaupun terlalu banyak yang boleh dikongsikan dan untuk meringankan kepala. Namun, masa dan keadaan yang tidak mengizinkan menyebabkan masa untuk menulis hampir tidak ada dan malas untuk menulis sedikit sahaja, atau menulis pada benda2 yang remeh, walaupun kadang-kadang, yang remeh adalah yang besar, terulang pada prespektif seseorang.
Rasanya, untuk berkongsoi masalah dan berkongsi benda2 yang remeh, kita memerlukan seseorang yang betul2 memahami, dan pada saya, memang susah untuk di cari, mungkin perlu melalui banyak liku2 lagi untuk terus berjumpa dengan orang yang sesuai, tapi sekarang, cukuplah, yang ada hanya menyebabkan masalah menjadi lebih rumit, tapi iyalah, adat hidup, semua nya ada warna yang tersendiri.
untuk memikir siapa yang betul, siapa yang salah adalah sangat memenatkan. Biarkan sahaja ia berlalu, dan mulakan hidup baru, ada kegembiraan di sebalik semua ini, yakin pada ketentuan Ilahi, manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan, dan aku akur pada apa yang aku rasa telah disusun dengan baik oleh Allah. Syukran.
Saat ini, memilih untuk lay low, berfikir apa yang terbaik untuk masa hadapan. Melihat kepada frame gambar di sebelah laptop, tahu bahawa prioriti adalah kepada keluarga, khusus, ibu bapa dan adik2 yang rasanya akan melalui saat keliru dan detik kehidupan, dalam masa yang terdekat, dan aku mahu aku berada di situ bila diperlukan. Melihat tanggungjawab, aduh, rasa tidak terpikul dan memohon pada Allah agar kekuatan itu ada untuk terus memberikan yang terbaik.
Apa yang aku fikirkan terbaik, akan berakhir dengan tidak baik, jadi, aku kira, aku masih perlu belajar terlalu banyak dalal hidup. Penat, tapi ia perlu untuk masa depan yang gemilang kan? Terima kasih kepada yang telah membantu, walau hanya mendengar, itu yang terbaik. Lama2, mesti tau siapa yang putih, siapa yang hitam. Masa akan menentukan segalanya, kan?

P/s- bila rasa sunyi, jgn buat benda bodoh....ok?