Sunday, May 1, 2011

The Road Less Taken


Masa sudah terlalu larut malam dan seharusnya dengan perjalanan saya pada hari ini, dai KL ke PWTC, ke Melaka, ke Nilai, Ke KLIA menghantar Bunda balik, alhamdulillah perjalanannya selamat sampai, kemudian terus ke Damansara menguruskan apa-apa yang patut dan kemudian, baru sampai di rumah. Mood untuk menulis terus datang, maka dengan mendengar lagu daripada Dadali - Di saat aku Mencintaimu, idea terus mencurah-curah dan Blog yang sekian lama tidak ada apa-apa akan mula aktif. Syukur.

Sentap pada hari ini apabila sahabat saya berkata "Ngko memang pantang ditegur, ko nak ko jer yang betul, apa aku cakap, orang lain cakap, ko mana nak dengar. Buatlah apa yang ngko nak buat, tak payahlah dengar apa orang lain kata". Lantas, bertanya pada diri, Benarkah???

Salah orang, salah dia, terbentang di depan mata, salah sendiri, sungguh saya tidak tahu. Mungkin terlalu terbawa-bawa, terlalu takut untuk memulakan satu langkah kecil untuk berginjak ke Alam Dewasa, alam tanggungjawab. Maka, mula membuat seribu satu alasan untuk lari dari tanggungjawab, Panik tanpa sebab dan mula memarahi sahabat tanpa disedari, maaf. Salah saya. Terima kasih untuk teguran itu. Cuba untuk menjadi lebih baik, dan cuba untuk memujuk hati agar lebih sabar dan mula mengenal alif, ba, ta tanggungjawab untuk menjadi dewasa. Cuba dulu baru tahu. Berkat itu yang penting dan semoga keberkatan itu turut serta mengiringi saya pabila saya sendiri tahu Bunda mahu itu, Pelatih dalam Kamar selama 6 Bulan di K.K.

Seribu kesyukuran juga kerana Labu memahami keadaan ini, dan bersedia untuk memberikan masa 6 bulan ini sebagai satu platform untuk kami sama-sama mengenal satu sama lain dengan lebih baik. Andai, mungkin terjumpa yang lebih baik di waktu dan ketika itu, mohon beritahu saya dan kita masih terus bersahabat dan saya juga suka untuk kita tidak memberikan sebarang janji kerana yang punya ketentuan di masa hadapan hanya ILahi. Terima Kasih Labu, itu cukup bermakna buat saya.

Mohon, Jalan seterusnya dipermudahkan. Dan, berdoa agar tidak marah-marah lagi (macam orang gila). benar, road less taken punya banyak cabaran dan saya yakin, hasilnya, impaknya lebih besar dan Dear Me,, selamat menjadi Dewasa.










No comments:

Post a Comment